
KUALA LUMPUR, 20 Disember — Sekolah Rendah Setiabudi (Sek Ren Setiabudi) telah menganjurkan Majlis Graduasi Tahun 6 2025 dengan penuh gilang-gemilang di Melawati Convention Centre bagi meraikan kejayaan para pelajar yang menamatkan pendidikan rendah mereka.
Majlis yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang itu telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Muslim bin Mukhtar, Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Turut hadir ialah barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Seramai pelajar Tahun 6 diraikan dalam majlis tersebut, termasuk penerima pelbagai anugerah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah. Anugerah Permata Gemilang telah dianugerahkan kepada Nur Aleesya Batrisya binti Mohd Ariff, manakala Pelajar Terbaik Kokurikulum disandang oleh Aariz bin Mohamad Syamsyul Kamar. Beberapa anugerah lain turut disampaikan, termasuk Pelajar Terbaik KSSR, JAIS dan Pelajar Mithali.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar serta penyampaian Anugerah Kempen Membaca. Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada PIBG, ibu bapa dan para penyumbang atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis tersebut.
Sek Ren Setiabudi terus komited melahirkan generasi pelajar yang seimbang selaras dengan aspirasi pendidikan dan nilai “Nurturing Future Khalifah”.