IIUM Holdings Sdn Bhd

UIAM melancarkan platform pengesahan ijazah ke-2

Dr Adham Baba (kanan) melancarkan platform e-Skrol menggunakan teknologi “blockchain” yang boleh mengesan ketulenan skrol graduan Universiti Islam Antarabangsa hari ini. (Gambar Bernama)

Kuala Lumpur, Januari 2022 – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini melancarkan Platform Aplikasi E-Skrol menggunakan teknologi Blockchain yang akan digunakan oleh para graduan UIAM. Aplikasi tersebut dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di sini hari ini.

Aplikasi yang dibangunkan oelh IIUM Advanced Technologies Sdn Bhd (iAT), salah sebuah anak syarikat UIAM yang pakar dalam pembangunan Teknologi. E-skrol ini dibangunkan bagi mengatasi masalah ijazah palsu di mana aplikasi ini memudahkan proses pengesahan ijazah yang sebelum ini dilakukan secara manual.

Ia dibangunkan berdasarkan teknologi blok rantai, platform ini menyimpan, mengesah dan memaparkan maklumat ijazah yang boleh dicapai melalui aplikasi web di seluruh dunia secara pantas, telus dan kalis ganguan.

November 2018 Kementerian Pendidikan Tinggi telah menubuhkan sebuah konsortium yang terdiri daripada universiti-universiti awam tempatan dan diketuai oleh UIAM. UIAM melalui IAT bekerja-sama dengan pembangun perisian blok rantai NEM, telah berjaya melancarkan aplikasi e-skrol pertama di Malaysia pada September 2019.

Untuk aplikasi yang kedua ini, banyak penambahbaikan yang telah dijalankan dan ianya berbeza dengan aplikasi yang terdahulu. Platform E-skrol ini dibangunkan sepenuhnya oleh IAT menggunakan blok rantaian Ethereum.

Projek ini akan dibiayai dengan geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sebuah geran yang membolehkan penyelidik, inovator dan usahawan menguji produk dan perkhidmatan, dan seterusnya membawa produk ke pasaran.

Platform ini akan dipasarkan ke seluruh universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membolehkan graduan-graduan mereka mencapai maklumat ijazah mereka dengan pantas dan efisien.

Dalam perancangan di masa hadapan, aplikasi ini dirancang untuk diperluaskan bagi pengesahan akreditasi sijil Diploma, SPM, STPM dan Tahfiz di seluruh negara. Selain itu sistem e-skrol ini seterusnya akan dibangunkan di platform Hyperledger dan ditambah dengan pelbagai fungsi seperti pentauliahan mikro (microcredential) dan tokenisasi.

Selain dari itu, aplikasi ini juga akan menjadi satu aplikasi yang mampu berkomunikasi dengan pelbagai jenis platform rantaian blok. Ini bagi mencapai matlamat untuk bergerak ke arah platform blok rantaian bersekutu (Federated Blockchain).

Hadir sama pada majlis ini ialah Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan Universiti dan wakil dari Kementerian.

Rujukan:

  1. Harian Metro
  2. Berita Harian
  3. Free Malaysia Today
Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top