Gombak, 22 Ogos 2024 – Acara Warrior Run 2024 anjuran Sekolah Rendah Setiabudi berlangsung meriah di sekitar Stadium Sayyidina Hamzah, UIA, pada Khamis. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada semua rumah sukan.
Acara ini turut menjadi medan persaingan sengit antara empat rumah sukan – Laksamana, Bendahara, Temenggung, dan Syahbandar. Keputusan akhir menyaksikan Rumah Laksamana berjaya mengungguli tempat pertama dengan kutipan 268 mata, diikuti rapat oleh Rumah Bendahara dengan 267 mata. Rumah Temenggung dan Syahbandar masing-masing meraih 249 dan 238 mata.
Markah yang diperoleh akan dibawa ke Hari Sukan Tahunan Sekolah bagi menentukan juara keseluruhan. Walaupun acara Warrior Run ini telah berakhir, semangat persaingan sihat dan motivasi untuk mengumpul lebih banyak mata terus membara dalam kalangan pelajar.
Penganjur berharap agar momentum positif ini diteruskan, dengan pelajar bersaing secara sihat dan menunjukkan semangat kesukanan sepanjang siri acara sukan yang akan datang.