IIUM Holdings Sdn Bhd

Atlet Sekolah Menengah Setiabudi Raih 2 Pingat Perak di Spartan Epee Challenge 2024

Spartan Epee Challenge 2024

Kuala Lumpur, 30 September 2024 – Dua atlet Sekolah Menengah Setiabudi telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul dua pingat perak dalam pertandingan Spartan Epee Challenge 2024, yang berlangsung di Shamelin Mall, Kuala Lumpur, pada 22 September 2024. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan seramai 114 atlet dari pelbagai sekolah dan kelab di seluruh negara.

Kedua-dua atlet yang berjaya mengharumkan nama sekolah ialah Nur Diana Mohd Nizam dari kelas 3 Al-Ghazali dan Mohd Aqil Rayyan dari kelas 2 Al-Furqan. Kejayaan mereka di dalam acara lawan pedang ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat sekolah dan Kelab Lawan Pedang Sekolah Menengah Setiabudi.

Majlis penyampaian sijil dan pingat bagi atlet-atlet ini diadakan di Dewan Serbaguna sekolah pada pagi Isnin, 30 September 2024, dari pukul 8:00 hingga 9:30 pagi. Dalam majlis yang sama, Kelab Lawan Pedang turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi kelab serta menyeru lebih ramai pelajar untuk menyertai sukan tersebut.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top