IIUM Holdings Sdn Bhd

Ceramah Anti-Buli Galak Kesedaran Pelajar di Sekolah Rendah Setiabudi

Ceramah Anti-Buli Sekolah Rendah Setiabudi
Inspektor Mohd Hafiz bin Abd Majid sedang menyampaikan ceramah anti buli kepada para pelajar SR Setiabudi

Gombak, 9 September 2024 – Sekolah Rendah Setiabudi (SBR) menganjurkan satu ceramah Anti-Buli sempena Minggu Disiplin yang berlangsung dari 9 hingga 13 September 2024. Ceramah tersebut diadakan pada hari Isnin di Dewan Serbaguna (MPH) ISSB, bermula dari jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Ceramah ini disampaikan oleh Inspektor Mohd Hafiz bin Abd Majid, Pegawai Kepolisan Komuniti dan Pendataan dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan mengikut peraturan, memberi pendedahan tentang keburukan buli, serta memperkasakan lagi disiplin di kalangan pelajar SBR.

Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti disiplin telah dirancang dengan harapan dapat memupuk semangat disiplin yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar. Dengan adanya ceramah ini, diharap pelajar-pelajar SBR lebih peka terhadap bahaya buli dan semakin berdisiplin dalam kehidupan seharian.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sokongan mereka dalam menjayakan program ini.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top