IIUM Holdings Sdn Bhd

Ceramah Kesedaran oleh Pegawai Penjara di Sekolah Rendah Setiabudi

Ceramah Kesedaran Kesalahan Juvana

Gombak, 9 September 2024 – Pelajar-pelajar Tahun 3, 4, dan 5 Sekolah Rendah Setiabudi, Gombak, telah menyertai ceramah dan demonstrasi khas yang disampaikan oleh Sarjan Mohd Shah bin Mohd Radzi dari Jabatan Penjara Sungai Buloh.

Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna (MPH) IIUM Schools ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pelbagai jenis kesalahan, termasuk kesalahan juvana. Sepanjang ceramah, pelajar-pelajar diberi kesedaran tentang risiko dan akibat yang boleh timbul daripada perbuatan jenayah, dengan harapan dapat meningkatkan disiplin diri serta mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam kegiatan yang melanggar undang-undang.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sarjan Mohd Shah atas ilmu yang dikongsi, dengan harapan agar maklumat yang diperoleh dapat dijadikan panduan oleh semua warga sekolah.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top