
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025
Tanggal 16 September merupakan detik bersejarah penyatuan wilayah dan masyarakat berbilang kaum di bawah satu nama – Malaysia. Hari ini kita raikan semangat kebersamaan, hormat-menghormati dan usaha kolektif yang menjadi teras kepada kestabilan dan kemajuan negara.
IIUM Holdings Sdn Bhd berdiri teguh menyokong aspirasi nasional melalui kepelbagaian perkhidmatan dalam sektor strategik seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, teknologi dan pembangunan insan.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, meraikan kepelbagaian, dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih progresif dan inklusif.