
Kuantan, 2025 – International Islamic School Malaysia Kuantan (IISMK) telah mengadakan Majlis Graduation dan Baroqah Night 2025 yang berlangsung penuh bermakna di Rocana Hotel, Kuantan, dengan tema “Embracing Success Towards Global Excellence.”
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Encik Nor Zaidi bin Jusoh, Pengarah Forest Eco-Park and State Parks, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada para graduan atas usaha gigih dan kejayaan mereka. Sambutan ini menjadi detik bersejarah yang menghimpunkan rasa syukur, penghargaan dan kebanggaan dalam kalangan pelajar, ibu bapa serta warga sekolah.
Graduation dan Baroqah Night 2025 bukan sekadar acara perayaan pencapaian akademik, tetapi juga simbol kepada perjalanan pembentukan sahsiah dan nilai kepimpinan yang diterapkan di IISMK. Tahniah diucapkan kepada Class of 2024/2025 serta semua penerima anugerah khas atas ketekunan, komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun.
Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada perjalanan yang lebih cemerlang pada masa hadapan, berpaksikan nilai ilmu, akhlak dan keunggulan global yang terus dipupuk di International Islamic School Malaysia Kuantan.