Zon 6 Ungguli Pertandingan 5S Peringkat HQ IIUM Holdings

KUALA LUMPUR, 7 Januari 2026 – Semangat kerjasama warga Ibu Pejabat (HQ) IIUM Holdings (IIUMH) jelas terpancar melalui penganjuran Pertandingan 5S Antara Jabatan yang berakhir dengan jayanya hari ini. Inisiatif dalaman ini bertujuan untuk meningkatkan organisasi tempat kerja dan kebersihan selaras dengan komitmen organisasi terhadap kecemerlangan operasi.
Pengiktirafan Kecemerlangan Ruang Kerja
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IIUM Holdings. Penilaian yang dibuat oleh wakil setiap jabatan memfokuskan kepada elemen susun atur, kebersihan, dokumentasi, dan komitmen staf.


Berikut adalah keputusan penuh bagi zon-zon di HQ IIUMH:
- Johan: Zon 6 (Group Company Secretary)
- Naib Johan: Zon 5 (Group Corporate Assurance)
- Tempat Ketiga: Zon 3 (Group Marketing and Sales, Group Finance, dan Group Corporate Communications)
Anugerah Meja Terbaik (Best Desk Award)

Bagi menghargai dedikasi individu dalam mengekalkan piawaian 5S yang tinggi di ruang kerja peribadi, anugerah khas telah diberikan kepada:
- Syaima’ Mohd Safien @ Mohd Shafie
Syabas diucapkan kepada seluruh warga HQ IIUMH atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan pertandingan ini. Amalan 5S bukan sekadar pertandingan, malah merupakan budaya yang akan terus diamalkan bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih produktif dan harmoni.
Anda mungkin berminat: