
GOMBAK, 2 Julai 2025 – IIUM Consultancy and Innovation Sdn. Bhd. (ICI) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Maxis Berhad, iaitu Dr. Iskandar Abdullah yang merupakan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Korporat, dan Cik Aqilah, Eksekutif Pemasaran Saluran Serantau Maxis. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), khususnya dalam memajukan pendidikan dan memperkasa pelajar melalui inisiatif yang berfokuskan Al-Quran.
Menurut Dato’ Wan Jusaini Rizal bin Wan Nasruddin, CEO IIUM Consultancy and Innovation Sdn. Bhd., perbincangan ini penting bagi meneroka peluang-peluang baru yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum, terutamanya dalam aspek pendidikan dan pengajian Al-Quran. “Kami amat berterima kasih atas kunjungan Maxis dan kami sangat menyokong aspirasi mereka untuk menyokong pendidikan melalui inisiatif eKelas,” katanya.
Salah satu fokus utama dalam perbincangan ini adalah mengenai Program 3T Al-Quran yang dilaksanakan oleh ICI. Sejak dilancarkan pada tahun 2016, program ini telah menaja lebih daripada 600 pelajar dari lebih 40 sekolah di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk mempermudah akses pembelajaran Al-Quran secara lebih mendalam kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar dan daerah yang kurang mendapat perhatian. Program ini dilihat selari dengan visi CSR Maxis yang turut menekankan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Dr. Iskandar Abdullah turut berkongsi pandangan beliau tentang potensi tinggi yang ada dalam Program 3T Al-Quran. “Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja dapat memperkasa pengajian Al-Quran secara lebih mendalam, malah dapat memperluaskan jangkauan program tersebut kepada lebih ramai pengguna Maxis, sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana,” ujar beliau.
Di samping itu, Maxis juga menyuarakan minat untuk melihat lebih lanjut mengenai potensi penggunaan teknologi digital dalam memperkasa pengajaran Al-Quran, khususnya melalui platform dalam talian yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar di seluruh negara.
Perbincangan ini turut membuka ruang untuk kedua-dua pihak bekerjasama dalam memanfaatkan platform teknologi yang dimiliki oleh Maxis bagi mempromosikan pendidikan Al-Quran kepada lebih ramai generasi muda di Malaysia.
Dengan semangat kerjasama dan komitmen terhadap pendidikan, Maxis dan ICI berharap dapat melaksanakan lebih banyak inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan insan.
Sumber – IIUM Consultancy and Innovation
Anda mungkin berminat:
- IIUM Consultancy dan DPMM Buka Ruang Kerjasama Strategik Dalam Inovasi dan Pemindahan Teknologi
- Perbincangan Penanda Aras: IIUM Consultancy & Innovation Jalin Hubungan Strategik Bersama UiTM Technoventure
- Kolaborasi ICI dan Qlango: Perbincangan Awal Inisiatif AI Pendidikan
- KOS UIAM dan ICI Adakan Lawatan Rasmi ke FRIM bagi Perbincangan Kolaborasi Strategik
- KOED UIAM dan ICI Adakan Perbincangan Kolaborasi Akademik
- Kerjasama MIICCI dan ICI Teroka Peluang Inovasi & Latihan Profesional
- IIUM Consultancy dan Spectrum International School Perkukuh Kerjasama Strategik
- Kunjungan Korporat IIUM Consultancy dan Innovation ke PIJ Holdings
- IIUM Consultancy & Innovation Sdn Bhd Bincang Potensi Kerjasama dengan Medic Asia Sdn Bhd
- Delegasi Indonesia ke IIUM Consultancy and Innovation