
GOMBAK, 25 Julai 2025 – Sekolah Menengah Setiabudi mencatatkan pencapaian cemerlang dalam arena sukan menerusi Kejohanan MSSD Tenis Gombak 2025 yang berlangsung di Gelanggang Tenis INTAN Bukit Kiara pada 21 hingga 24 Julai 2025.
Dalam kejohanan tenis tahunan ini, dua pemain tenis sekolah tersebut telah membawa pulang pingat yang membanggakan. Dalam kategori bawah 18 perempuan, Nurbalqis Sufiya, pelajar kelas 4G, berjaya memenangi tempat ketiga, sekaligus membawa pulang pingat gangsa kepada Sekolah Menengah Setiabudi. Manakala, rakan sepasukannya, Sophea Nur Shuhada dari kelas 4FQ, turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan menduduki tempat keempat dalam pertandingan yang berlangsung dengan persaingan sengit ini.
Kejayaan kedua-dua atlet muda ini membuktikan keupayaan mereka di gelanggang dalam Kejohanan MSSD Tenis Gombak 2025, di samping menonjolkan hasil latihan berterusan dan disiplin yang tinggi yang diamalkan oleh pelajar sekolah ini. Sekolah Menengah Setiabudi amat komited dalam membangunkan potensi pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum, khususnya sukan.
Sekolah ini juga menegaskan visi mereka untuk melahirkan generasi #FutureKhalifah, iaitu pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga mempunyai nilai murni, disiplin dan kepimpinan yang tinggi. Melalui pendedahan dalam bidang sukan, sekolah berharap dapat memupuk nilai-nilai positif seperti kerjasama, daya saing dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
Kejayaan pada kejohanan ini diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di pelbagai bidang, sekaligus mengukuhkan reputasi Sekolah Menengah Setiabudi sebagai institusi pendidikan yang holistik dan berdaya saing.
Sumber – Sekolah Menengah Setiabudi
Anda mungkin berminat
- Program Kecemerlangan SPM di Sekolah Menengah Setiabudi Tingkatkan Persediaan Pelajar
- Pelajar Sekolah Menengah Setiabudi Juara Global Youth Summit di Hanoi
- Pelajar Sekolah Menengah Setiabudi wakili Malaysia ke Pertandingan Actions for Earth di Hanoi
- Kejohanan Memanah Daerah Gombak 2025: Setiabudi Cemerlang
- Pelajar Sekolah Menengah Setiabudi Raih Naib Johan Peringkat Kebangsaan Dalam Kejohanan Taekwondo
- Pelajar Sekolah Menengah Setiabudi Tawan Gunung Kinabalu
- Microsoft Certified Educator Sekolah Rendah Setiabudi: 71 Guru Lulus Pensijilan Microsoft