Seramai 10 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 2 bagi Edisi 2024 yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Meru, Selangor pada 6 – 10 Mei 2024 (Isnin – Jumaat) disertai Tr Nur Anis Sarah sebagai guru pengiring.
Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 9 buah sekolah telah terlibat untuk edisi kali ini iaitu Sekolah Menengah Setiabudi, MRSM Felda Trolak, SBPI Sabak Bernam, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SM Teknik Cheras, MRSM Kuala Kubu Bharu, SMK Darul Ehsan, SMK Bukit Rahman Putra, dan SMK Bukit Sentosa 2.
Pada hari kedua, saudara Nawawi dan saudari Nurin Aqeelah berpeluang untuk menjadi pengacara majlis bagi Majlis Perasmian MFLS Kohort 1/2024. Majlis ini dirasmikan oleh YBRS. Haji Mohd Haswandi Bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Selain itu juga, YDP MPP SM Setiabudi, saudara Muhammad Raed Darwish diberikan peluang sebagai pembaca doa dalam majlis perasmian ini.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penyertaan pelajar ke program MFLS. Semoga pelaksaan program ini dapat melahirkan pemimpin muda pada masa hadapan yang kompeten dan berjiwa kental seiring dengan cabaran pada masa hadapan.