IIUM Holdings Sdn Bhd

Meraikan Dhuyufurrahman dari Keluarga IIUM Holdings

dhuyufurrahman 1445h iium holdings
Puan Nuraini Ismail, Datuk Zunaidah Idris dan Prof. Dr. Mariana Mohamed Osman (Diwakili oleh kakitangan IIUM Consultancy & Innovation Sdn Bhd) merupakan dhuyufurrahman pada tahun 1445H

Pada 15 Mei 2024, IIUM Holdings (IIUMH) bersama-sama anak syarikatnya telah mengadakan 4 dalam satu majlis. Salah satu daripadanya ialah Majlis Meraikan Dhuyufurrahman 1445H.

Alhamdulillah, pada tahun ini, 6 orang dari Kumpulan Syarikat IIUMH telah terpilih menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah Haji di Mekah.

2 orang daripada mereka merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat IIUMH, seorang dari Ahli Majlis Penasihat Industri (IAC), dan 3 orang dari kakitangan Kumpulan Syarikat IIUMH.

Doa kami mudah-mudahan para dhuyufurrahman ini diberikan kekuatan, diberikan ketabahan, diberikan kesihatan, diberikan keselamatan, diangkat segala kesulitan, masalah dan musibah, serta dianugerahkan haji yang mabrur di sisi Allah.


Sila ikuti kami di laman Facebook dan Instagram.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top