IIUM Holdings Sdn Bhd

MAIWP Taja Pelajar IIC Pulang ke Kampung Berhari Raya

Bagi meringankan kos pulang ke kampung halaman, seramai 213 pelajar Kolej Islam Antarbangsa (IIC) telah mendapat manfaat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembiayaan pulang ke kampung halaman sempena menyambut Aidilfitri dan Syawal yang mulia.

Para mahasiswa IIC bawah Asnaf Ibnu Sabil telah diraikan baru-baru ini bersempena majlis pelancaran Program Rahmah Ramadan MAIWP- “Jom Balik Raya” di Kampus Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur. Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Pengerusi MAIWP turut membuat pelepasan bas pelajar IIC untuk pulang ke kampung disaksikan bersama oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Y.Bhg. Datuk Mohd Nizam Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Shaik Faridhudheen Anverdeen. Para pelajar IIC juga menerima duit raya serta pelajar daripada Sabah, Sawarak dan WP Labuan turut menerima pembiayaan bantuan tiket kapal terbang daripada MAIWP yang julung kali disediakan.

Pihak Pengurusan IIC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIWP atas keprihatinan terhadap pelajar IIC yang kurang berkemampuan untuk pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara. Semoga bantuan ini dapat memberikan keinsafan kepada para pelajar dan kita dimasukkan daripada orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top