Kuantan, 29 Mei 2024 – IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) telah mengadakan majlis pra pelancaran untuk memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka, ‘Robotic Rehabilitation Services’, di IMSC Neuro Robotic Rehab Centre, IIUM Kuantan.
Perkhidmatan inovatif ini menandakan satu langkah maju dalam bidang perubatan, menggunakan teknologi canggih untuk membantu proses pemulihan pesakit yang memerlukan rehabilitasi.
Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly, Pengarah Kampus IIUM Kuantan yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah IMSC.
IMSC bersedia untuk menerima pesakit bagi rawatan berteknologi tinggi ini, menunjukkan komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.