Pada 5 Jun 2024, telah berlangsung Sesi Libat Urus Unit RTW PERKESO Pahang bersama Pusat Rehabilitasi IIUM Medical Specialist Centre (IMSC), Rakan Strategik PRPSB. Unit Return To Work Negeri Pahang bersama-sama dengan wakil pengurusan daripada Cawangan Return To Work, Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan telah turut serta dalam sesi ini. Sesi Libat Urus ini adalah untuk menyampaikan Taklimat Pengurusan Hilangupaya, perbincangan pengurusan kes serta lawatan ke pusat ‘Robotic Rehabilitation Services’ yang mula beroperasi di IMSC baru-baru ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Sesi Libat Urus sebentar tadi. Semoga jalinan baik yang dilaksanakan pada program ini dapat menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik pada masa akan datang