
Gombak, 10 Jun 2025 – IIUM Holdings Sdn Bhd telah mengadakan program “Serahan 150 pek Daging Korban buat Asnaf di UIAM Gombak” sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Aidiladha yang dijalankan bersama rakan kerjasama, ikhlas.com.
Majlis penyerahan telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak, dan telah disempurnakan oleh Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IIUM Holdings. Turut hadir ialah para ketua korporat serta Puan Dayang Raihan Abd Fatah, Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Educare.
Sebanyak 150 pek daging korban telah disumbangkan kepada golongan asnaf sekitar kampus UIAM Gombak, di mana 20 penerima menerima sumbangan secara langsung dalam majlis simbolik, manakala baki agihan dilaksanakan melalui penghantaran.
Program ini merupakan kerjasama kali pertama antara IIUM Holdings dan ikhlas.com dalam inisiatif kebajikan Aidiladha, selaras dengan komitmen berterusan syarikat terhadap pembangunan komuniti serta nilai-nilai murni yang didukung oleh syarikat.
📹 Saksikan detik-detik penyerahan dan suasana penuh makna melalui video berikut: