
Kuantan – Pelajar-pelajar dari International Islamic School Malaysia Kuantan (IISMK) telah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam pertandingan East Coast Forensics 2025 yang diadakan di International School of Kuantan baru-baru ini.
Pertandingan tahunan ini menghimpunkan pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah antarabangsa dan swasta di Pantai Timur, memberi peluang untuk mengasah kemahiran komunikasi dan persembahan menerusi pelbagai kategori pertandingan.
Antara kejayaan yang diraih oleh IISMK termasuk:
- 🥇 Emas – Ucapan Spontan (Impromptu Speech): Mahmoud
- 🥇 Emas – Penceritaan (Storytelling): Sufi Medina
- 🥈 Perak – Lakonan Solo (Solo Acting): Maryam Madihah
- 🥉 Gangsa – Lakonan Duet (Duet Acting): Kawthar & Hashim
Kejayaan ini turut disokong oleh komitmen dan bimbingan guru-guru IISMK, khususnya Teacher Ain dan Teacher Fazhuda yang berperanan sebagai jurulatih sepanjang tempoh persediaan.
Penyertaan aktif IISMK dalam program pembangunan pelajar seperti ini mencerminkan pendekatan sekolah yang menekankan pembentukan keyakinan diri, komunikasi berkesan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang seimbang.