
Gombak, 19–20 Ogos 2025 – IIUM Consultancy & Innovation (ICI) dengan bangganya telah melancarkan kursus pertama dalam bidang Occupational Safety, Health and Environment (OSHE) bertemakan “Solid Waste Management on Environmental, Health and Occupational Perspective.”
Kursus ini diadakan di Research Management Centre (RMC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikendalikan oleh konsultan berpengalaman, Dr. Badrol Hashim. Program latihan ini menandakan langkah penting ICI dalam memperkukuh keupayaan tenaga kerja industri terhadap pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan dan selamat.
Pelaksanaan kursus ini sejajar dengan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan mencerminkan komitmen ICI dalam menyokong usaha nasional ke arah kelestarian alam sekitar serta peningkatan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selain modul pengurusan sisa pepejal, ICI turut menawarkan pelbagai kursus di bawah siri latihan OSHE, antaranya:
Kursus Auditor Dalaman OSHE
Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran
Kursus Keselamatan di Tempat Kerja
Sepanjang tahun 2025, ICI menyasarkan penyertaan lebih 500 peserta dari pelbagai sektor industri sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kecekapan, kesedaran keselamatan dan pematuhan piawaian OSHE di tempat kerja.
Untuk maklumat lanjut mengenai program latihan OSHE dan penawaran kursus lain, sila hubungi pasukan kami di IIUM Consultancy & Innovation.