
Kuantan, 15 Februari 2025 – IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) telah turut serta dalam Karnival Kesihatan anjuran Lions Club yang berlangsung di Leong Art, Kuantan, Pahang dengan membuka reruai pemeriksaan mata secara percuma kepada orang ramai.
Inisiatif ini diketuai oleh Asst. Prof. Dr. Ahmad Nurfahmi B. Akhtar Ali, Pakar Oftalmologi dari IMSC, yang turut membimbing para petugas sepanjang program berlangsung. Penyertaan ini mencerminkan komitmen IMSC dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan mata berkualiti, khususnya kepada masyarakat setempat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Chan Chun Kuang, Ahli Dewan Negeri Semambu, yang turut meluangkan masa mengunjungi reruai IMSC dan berinteraksi bersama para petugas serta pengunjung.
Pihak IMSC merakamkan penghargaan kepada Lions Club selaku penganjur serta semua pihak yang menjayakan karnival ini. Sambutan orang ramai amat menggalakkan dan membuktikan bahawa kesedaran kesihatan mata semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang berteraskan nilai Islam, IIUM Medical Specialist Centre akan terus komited menyampaikan perkhidmatan yang prihatin dan profesional… Always Caring.
Sumber – IIUM Medical Specialist Centre