
BANTING, 2 Disember 2025 — Pasukan ragbi lelaki Pingu Elite dari Sekolah Rendah Setiabudi (Sek Ren Setiabudi) telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Ragbi U11 Peringkat Negeri (MSSS) yang berlangsung di SK Sungai Buaya, Banting, apabila meraih Naib Johan Plate daripada 12 pasukan bertanding.
Pasukan ini mewakili Sek Ren Setiabudi sekaligus mewakili daerah Gombak, dengan beberapa pemain gabungan daripada sekolah-sekolah lain dalam daerah tersebut. Guru pengiring untuk pasukan adalah Tr Ruzaini dan Tr Aiman Farhan.
Ahli pasukan yang terlibat ialah:
- Aizran Mikhael (4 Bijak)
- Faris Mikhail (4 Arif)
- Harris Yusuf (5 Amanah)
- Rayqal Aqlan (5 Berani)
- Izs Mirza (5 Berani)
- Afif Razyn (5 Amanah)
- Isa Sofwan Hakeem (5 Cerdik)
- Ammar Zafran (SK Gombak Utara)
- Dziyyad (SK Sungai Kertas)
- Amirul (SK Sungai Kertas)
- Adam Mikael (SK Sungai Pusu)
- Danish Aniq (SK Merbau Sempak)
Pihak sekolah merakamkan tahniah kepada Pasukan Pingu Elite atas usaha dan semangat juang yang tinggi. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama Sek Ren Setiabudi di peringkat negeri, tetapi juga memberi pengalaman berharga kepada murid dalam pembangunan potensi diri dan kemahiran kokurikulum.
Sek Ren Setiabudi berharap pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk aktif dalam sukan, meningkatkan daya saing, dan terus mengembangkan bakat mereka, sejajar dengan aspirasi pendidikan holistik di bawah nilai “Nurturing Future Khalifah”.