IIUM Holdings Sdn Bhd

Kursus Personality Development dan Grooming

21 Februari 2024 (Rabu) – Telah berlangsung hari ini, kursus pendek: “Personality Development & Grooming” yang telah dianjurkan oleh pelajar Diploma Kemahiran Malaysia: Pengurusan Pentadbiran (Cohort2). Kursus yang pada dasarnya bertujuan memenuhi CoCu 01: Administrative Staff Development Management telah dihadiri oleh pelajar-pelajar jurusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pentadbiran, Pusat Bertauliah Kolej Islam Antarabangsa.

Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Nur Filzah binti Abdul Razak yang juga merupakan Pensyarah, Diploma Pentadbiran Pejabat, College MCS, Banting. Semoga kursus ini dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi untuk berinteraksi dengan lebih yakin dan profesional serta peserta dapat menjaga penampilan dan imej positif di tempat kerja pada masa akan datang.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top