IIUM Holdings Sdn Bhd

Kumpulan Syarikat IUM Holdings Sumbang 100 Pek Berbuka Puasa untuk Pelajar B40

Pek berbuka puasa IIUM Holdings

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2025 – Program Kasih Ramadan 3.0 anjuran Kumpulan Syarikat IIUM Holdings memulakan inisiatifnya tahun ini dengan menyumbangkan 100 pek berbuka puasa kepada para pelajar di Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Batu Muda, Kuala Lumpur.

Sumbangan ini ditujukan kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan, termasuk B40, dalam usaha meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan berlandaskan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Riwayat At-Tirmizi: 807)

Kasih Ramadan 3.0 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IIUM Holdings untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Program ini akan diteruskan dengan inisiatif tambahan, termasuk Gerobok Rezeki, bagi memperluaskan manfaat kepada lebih ramai penerima di masa hadapan.

Dengan usaha sebegini, IIUM Holdings berharap dapat memupuk semangat kepedulian sosial serta menyemarakkan keberkatan Ramadan dalam kalangan masyarakat.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top