Pengurusan Tertinggi IIUM Holdings Kembali Bertugas Selepas Haji

Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 – Warga kerja IIUM Holdings telah berkumpul bagi meraikan kepulangan barisan pengurusan tertinggi syarikat yang selamat kembali tanah air selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Majlis sambutan ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan bagi mengalu-alukan kehadiran mereka semula ke pejabat.
Barisan pengurusan tertinggi yang diraikan terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Haji Zahari bin Salleh, serta Ketua Setiausaha Syarikat Kumpulan, Hajah Norsuhada Ab Malek. Kepulangan mereka untuk menerajui semula operasi syarikat disambut dengan penuh rasa hormat oleh seluruh kakitangan organisasi.
Kehadiran semula barisan kepimpinan utama ini diharap dapat menyuntik semangat baharu ke arah memacu pertumbuhan organisasi secara berterusan. Komitmen dan bimbingan mereka amat ditagih dalam merealisasikan setiap sasaran yang telah ditetapkan, terutamanya bagi menjayakan pelan perniagaan RISE2030 secara holistik dan berkesan.