AL SUFI IIUM Holdings Group Muncul Naib Johan Keseluruhan IGSG 2026

Kontinjen AL SUFI yang mewakili IIUM Holdings Group telah melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan dalam temasya IIUM Gombak Staff Games (IGSG) 2026. Acara sukan tahunan ini telah berlangsung dengan penuh semangat di kampus IIUM Gombak bermula 11 hingga 20 Jun yang lalu.
Kejayaan ini disumbangkan oleh prestasi cemerlang para atlet dalam pelbagai acara, antaranya pingat emas dalam sukan badminton serta kategori individu boling. Selain itu, pasukan AL SUFI turut membawa pulang pingat dalam acara footgolf, bola sepak, dan ping-pong, sekali gus membuktikan komitmen dan dedikasi tinggi seluruh warga kerja dalam menyahut cabaran kesukanan.
Pencapaian ini mencerminkan semangat kerjasama pasukan yang utuh dalam membawa nama IIUM Holdings Group ke persada yang lebih tinggi. Pihak pengurusan merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh atlet dan petugas di atas semangat juang yang ditunjukkan sepanjang temasya berlangsung.