
GOMBAK, 12 September – Sekolah Rendah Setiabudi, Gombak menjadi lokasi pelaksanaan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IIUM Schools Sdn Bhd @ Sekolah bagi tahun 2025, yang disertai oleh seluruh institusi di bawah pentadbiran IIUM Schools Sdn Bhd. Program tahunan ini berlangsung dalam suasana penuh penghayatan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
Majlis sambutan kali ini melibatkan penyertaan aktif daripada murid, guru, staf dan pentadbir daripada empat institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Setiabudi, Sekolah Menengah Setiabudi, International Islamic School Malaysia (IISM) Primary dan IISM Secondary.
Program dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul yang diiringi dengan laungan selawat secara beramai-ramai. Suasana kampus dipenuhi dengan semangat ukhuwah dan penghayatan sirah Rasulullah SAW apabila para peserta bersama-sama menyemarakkan sambutan dengan penuh tertib dan berdisiplin.
Majlis turut menyaksikan pelbagai persembahan bertemakan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh wakil-wakil sekolah. Selain itu, acara penyampaian hadiah turut diadakan bagi mengiktiraf kelas yang memenangi Pertandingan Perarakan Terbaik bagi peringkat sekolah masing-masing.
Penganjuran program ini bertujuan membina keperibadian unggul dalam kalangan pelajar dengan menanam nilai-nilai sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Ia juga berfungsi sebagai platform memperkukuh sahsiah pelajar dari aspek rohani, akhlak dan kepimpinan berteraskan nilai Islam.
Sebagai sebuah inisiatif pendidikan tahunan, Sambutan Maulidur Rasul ini bukan sahaja menjadi manifestasi kecintaan kepada Rasulullah SAW, tetapi juga menzahirkan komitmen IIUM Schools Sdn Bhd dalam mendidik generasi yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Program ini selaras dengan visi IIUM Schools untuk “Nurturing Future Khalifah”, dan wajar dijadikan contoh oleh institusi pendidikan lain dalam membudayakan penghayatan Islam melalui pendekatan pendidikan holistik.
Anda mungkin berminat
- Pelajar Sekolah Rendah Setiabudi Raih Emas di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Korea Selatan
- Pasukan Bola Sepak SR Setiabudi Cemerlang di Kejohanan MSSD Gombak 2025
- Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Setiabudi Wakili Malaysia di Peringkat Serantau Hippo English Olympiad 2025
- Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Setiabudi Naib Juara HEVEA GRASSROOT TOURNAMENT 2025
- Atlet Cilik Sekolah Rendah Setiabudi Menyerlah di Kejohanan Olahraga MSSD Gombak 2025
- Microsoft Certified Educator Sekolah Rendah Setiabudi: 71 Guru Lulus Pensijilan Microsoft