
Terengganu, 15–21 September 2025 – International Islamic School Malaysia Secondary (IISM Secondary) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Mohamad Azuwan bin Sulong atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam kategori Male Team Poomsae di Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2025 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga IISM Secondary, malah mencerminkan komitmen tinggi warga pendidik dalam bidang kokurikulum serta kesungguhan dalam memperkasa potensi diri di luar bilik darjah. Usaha dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Cikgu Azuwan menjadi contoh terbaik kepada para pelajar untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan secara menyeluruh – sama ada dalam akademik, sukan mahupun sahsiah diri.
Pencapaian ini juga menyerlahkan semangat dan nilai Khalifah yang diterapkan dalam sistem pendidikan IIUM Schools, iaitu membina individu yang seimbang, berdaya saing dan berperibadi unggul.