
Kuala Lumpur, 13 Disember 2024 – IIUM Holdings Sdn Bhd menganjurkan IIUM Holdings Group Annual Appreciation Dinner 2024 bertemakan Movie Character di Ilham Ballroom, Element Hotel, dihadiri lebih 150 kakitangan termasuk ahli lembaga pengarah dan wakil anak-anak syarikat. Majlis ini bertujuan meraikan usaha dan pencapaian cemerlang staf dalam mencapai sasaran Double-in-Four iaitu menggandakan pendapatan dalam tempoh empat tahun.
Majlis makan malam yang berlangsung dalam suasana semi-formal ini turut diserikan dengan beberapa acara utama seperti penyampaian anugerah Outstanding Subsidiary Staff 2024 kepada lapan staf terbaik daripada setiap anak syarikat. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IIUM Holdings Sdn Bhd dan Dato’ Ahmad Nadzarudin bin Abdul Razak, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan turut hadir menyampaikan penghargaan dan ucapan kepada hadirin.

Dalam ucapannya, Dato’ Ahmad Nadzarudin menekankan kepentingan kerjasama dalam mencapai kejayaan kumpulan syarikat. “As I stand here tonight, I am reminded that leadership is not about one person or a single role; it is about the collective effort of everyone,” katanya.
Antara acara yang paling dinantikan adalah sesi cabutan bertuah. Selain itu, Best Dress Award turut diadakan bagi menghargai kreativiti tetamu yang tampil mengikut tema Movie Character dengan penuh gaya, bagi kategori lelaki dan wanita.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform meraikan kejayaan, malah menyemarakkan semangat kerjasama dan kesatuan dalam kalangan staf IIUM Holdings Group. Dengan komitmen yang ditunjukkan, IIUM Holdings terus optimis untuk merealisasikan sasaran pertumbuhan syarikat secara berterusan.