IIUM Holdings Sdn Bhd

Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj 1446H / 2025M

poster israk mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan perjalanan yang penuh makna bagi Rasulullah SAW, serta mengandungi pelbagai pengajaran yang mendalam untuk umat Islam. Ia mengingatkan kita akan pentingnya ketaatan kepada Allah SWT, kerana balasan-Nya sangat pedih bagi mereka yang melanggar perintah-Nya.
Melalui peristiwa ini, Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam melaksanakan solat sebanyak 50 kali sehari, namun dalam rahmat-Nya, Allah memudahkan dengan mewajibkan hanya lima waktu solat sahaja.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 1:
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk memperbaiki akhlak, memperkukuhkan iman, dan menghindari kemungkaran demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan IIUM Holdings

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top