
CHUNCHEON, KOREA SELATAN – Dua orang pelajar dari Sekolah Rendah Setiabudi, Gombak, telah mengharumkan nama sekolah dan negara apabila berjaya merangkul pingat emas dalam Gangwon Chuncheon World Taekwondo Cultural Festival Championship 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 13 Julai lalu.
Kejohanan berprestij yang dianjurkan oleh Chuncheon Leisure Taekwondo Organizing Committee ini telah menghimpunkan penyertaan atlet muda dari pelbagai negara, sekaligus menjadi pentas kompetitif bertaraf antarabangsa dalam sukan taekwondo.
Kedua-dua adik-beradik berpotensi besar ini, Aariz bin Mohamad Syamsyul Kamar (Tahun 6 Bijak) dan Ariqa binti Mohamad Syamsyul Kamar (Tahun 4 Bijak), telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam kategori masing-masing.
- Aariz bin Mohamad Syamsyul Kamar berjaya meraih pingat emas dalam Kategori LEAGUE A Cadet III Poomsae bawah 13 tahun
- Ariqa binti Mohamad Syamsyul Kamar pula memenangi pingat emas dalam Kategori LEAGUE A Cadet II Poomsae bawah 11 tahun
Kejayaan mereka bukan sahaja membuktikan komitmen tinggi terhadap latihan dan disiplin, tetapi juga membanggakan warga Sekolah Rendah Setiabudi secara keseluruhannya.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang ini. Kejayaan Aariz dan Ariqa di pentas antarabangsa menjadi bukti bahawa bakat muda dari Malaysia mampu bersaing di peringkat global apabila diberi sokongan dan peluang yang sepatutnya.
Sekolah juga berharap agar pencapaian ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar lain untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum, khususnya sukan taekwondo yang semakin mendapat tempat di kalangan generasi muda.
Dengan semangat “Nurturing Future Khalifah”, Sekolah Rendah Setiabudi akan terus mendukung pembangunan sahsiah, akademik, dan kokurikulum pelajarnya demi melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Sumber – Sekolah Rendah Setiabudi
Anda mungkin berminat
- Pasukan Bola Sepak SR Setiabudi Cemerlang di Kejohanan MSSD Gombak 2025
- Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Setiabudi Wakili Malaysia di Peringkat Serantau Hippo English Olympiad 2025
- Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Setiabudi Naib Juara HEVEA GRASSROOT TOURNAMENT 2025
- Atlet Cilik Sekolah Rendah Setiabudi Menyerlah di Kejohanan Olahraga MSSD Gombak 2025
- Microsoft Certified Educator Sekolah Rendah Setiabudi: 71 Guru Lulus Pensijilan Microsoft