IIUM Holdings Sdn Bhd

Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Swasta Selangor 2024: Memupuk Bakat dan Semangat Seni Islami

Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Swasta Selangor 2024

Gombak, 28 September 2024Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Swasta Negeri Selangor 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna IIUM Schools Setiabudi (ISSB) menyaksikan penyertaan 20 sekolah rendah dan menengah yang bersaing dalam mempertaruhkan bakat mereka dalam seni nasyid. Acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah-sekolah Swasta Negeri Selangor ini bukan sahaja menjadi platform untuk para pelajar menonjolkan kebolehan mereka, tetapi juga sebagai satu usaha penting dalam memartabatkan seni nasyid di peringkat sekolah.

Dengan sokongan padu dari pihak sekolah dan jawatankuasa, pertandingan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat seni mereka sambil menghayati nilai-nilai Islami yang diungkapkan dalam nasyid. Kumpulan Awla, hasil gabungan dua kumpulan nasyid tersohor NowSeeHeart dan Saujana, dijemput sebagai juri kehormat dan turut mempersembahkan dua lagu popular mereka, Suci Sekeping Hati dan Salamun A’laika, yang mendapat sambutan meriah dari hadirin.

Pemenang Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Swasta Selangor 2024

Dalam kategori Sekolah Rendah, Johan dimenangi oleh Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang, manakala Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin berjaya merangkul Naib Johan. Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuan pula memenangi tempat ketiga serta anugerah Solo Terbaik, manakala Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang turut dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.

Bagi kategori Sekolah Menengah, Johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Islam Abim Sungai Ramal, diikuti oleh Sekolah Menengah Setiabudi yang berjaya meraih Naib Johan dan anugerah Persembahan Terbaik. Tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Bina Insan, sementara anugerah Solo Terbaik jatuh kepada Sekolah Menengah Islam Abim Sungai Ramal.

Acara ini bukan sahaja menguji kreativiti dan keberanian pelajar di atas pentas, tetapi juga memperkukuh semangat kerjasama antara sekolah dan pihak jawatankuasa. Pihak penganjur berharap pertandingan ini akan terus menjadi platform yang menggalakkan pelajar untuk berkecimpung dalam seni nasyid dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai Islami melalui persembahan yang bermakna.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top