
Kuala Kubu Baharu, 5 Ogos 2025 – Seramai 40 orang pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa (IIC) telah mengambil bahagian dalam program Summer Camp 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos 2025 di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baharu.
Program berimpak tinggi ini turut disertai oleh tiga orang pegawai pengiring dari pihak IIC. Penglibatan pelajar ini bertujuan untuk memperkukuhkan nilai jati diri, mempererat semangat berpasukan, serta memupuk kesedaran sosial dan keterlibatan belia dalam aktiviti pembangunan sahsiah.
Penyertaan pelajar dari Kolej Islam Antarabangsa (IIC) dalam program ini mencerminkan usaha berterusan institusi tersebut untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki daya tahan mental, semangat kepimpinan dan kesedaran sivik yang tinggi. IIC, di bawah pengurusan IIUM Higher Education Sdn Bhd, sentiasa menekankan pembangunan holistik selari dengan aspirasi IIUM Holdings dalam memartabatkan pendidikan Islam yang progresif dan berdaya saing.
Majlis penutupan rasmi program telah disempurnakan oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk:
- Encik Shaik Faridhudheen Anverdeen – Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Higher Education Sdn Bhd
- Puan Afiqah binti Mustafa Kamil – Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsa Maju
- Encik Zakwan – Pengerusi Kelab Belia Bandar Wangsa Maju
- Encik Ismail Muaharan – Ketua Jurulatih, XTech Resources
- Muhammad Amirudin Shah bin Manap – Wakil Peserta
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang menjayakan program ini. Kejayaan penganjuran Summer Camp 2025 bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan belia, malah menjadi platform membina generasi muda yang berdaya saing dan berakhlak tinggi.
Penyertaan pelajar IIC dalam program seumpama ini amat bertepatan dengan aspirasi UIAM dan IIUM Holdings untuk terus menyumbang kepada pembangunan ummah melalui pendidikan, inovasi, dan nilai-nilai murni.
Sumber – Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
Anda mungkin berminat:
- Kolej Islam Antarabangsa – IIC Sambut Pelajar Baharu Bulan Mei
- Bantuan Gerobok Rezeki Bantu Lebih 1,100 Pelajar B40 di Kolej Islam Antarabangsa
- IIC Sokong Kempen MyPalmPride2025 Selepas Lawatan REGENERASI