
BATU MUDA – Suasana kampus Kolej Islam Antarabangsa – IIC kembali meriah apabila menerima kemasukan pelajar baharu bagi sesi akademik terkini. Dengan semangat baru dan harapan tinggi, para siswa dan siswi memulakan perjalanan pendidikan mereka dalam suasana kondusif yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Pengambilan pelajar bagi sesi Jun 2025 masih dibuka, khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mencari hala tuju pendidikan tinggi. Kolej ini yang berlokasi di Batu Muda menawarkan pelbagai program diploma dan kemahiran di bawah lima fakulti utama – merangkumi Teknologi Maklumat, Sains Sosial, Pengurusan Perniagaan, Penguatkuasaan Undang-undang serta Bahasa & Komunikasi.
Selain program diploma, Kolej Islam Antarabangsa – IIC juga menawarkan laluan kemahiran melalui program TVET yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, serta APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) yang memberi ruang kepada pembelajaran sepanjang hayat.
Menurut pihak kolej, suasana kampus yang mesra pelajar serta pendekatan pembelajaran yang berpaksikan nilai-nilai Islam menjadikan IIC antara pilihan utama pelajar yang mengutamakan keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar secara dalam talian menerusi:
- WhatsApp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60127399827
- Borang Pendaftaran: https://forms.gle/BZss1XwYKxuLH73c7
- Laman Web Rasmi: www.iic.edu.my