IIUM Holdings Adakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Pembukaan Pejabat Baharu Setiausaha Korporat Kumpulan
Gombak, 29 September 2025 – IIUM Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena dengan pembukaan rasmi Pejabat Kesetiausahaan Korporat Kumpulan, IIUM Holdings Sdn. Bhd. Majlis penuh keberkatan ini diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas penubuhan pejabat baharu serta memohon keberkatan Allah SWT agar segala urusan dan perjalanan organisasi sentiasa dipermudahkan.









