IIUM Holdings Sdn Bhd

Events

IMSC CPR Training Kuantan 2025

IMSC Perkasa Keselamatan Tempat Kerja melalui Latihan CPR dan Pertolongan Cemas Bersama Pejabat HASiL Kuantan

Kuantan, 26 Ogos 2025 – IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemasan & Kebakaran (JTKK) Pejabat HASiL Kuantan telah menganjurkan Latihan Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Rawatan Awal Kecemasan yang disertai seramai 52 orang peserta daripada pelbagai jabatan. Program ini memberi pendedahan komprehensif tentang teknik menyelamat seperti CPR, pertolongan cemas, pembalutan luka, serta kaedah […]

IMSC Perkasa Keselamatan Tempat Kerja melalui Latihan CPR dan Pertolongan Cemas Bersama Pejabat HASiL Kuantan Read More »

IIUM Consultancy OSHE Training 2025

IIUM Consultancy & Innovation Laksana Kursus Sulung OSHE: Pengurusan Sisa Pepejal dari Perspektif Alam Sekitar, Kesihatan dan Pekerjaan

Gombak, 19–20 Ogos 2025 – IIUM Consultancy & Innovation (ICI) dengan bangganya telah melancarkan kursus pertama dalam bidang Occupational Safety, Health and Environment (OSHE) bertemakan “Solid Waste Management on Environmental, Health and Occupational Perspective.” Kursus ini diadakan di Research Management Centre (RMC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikendalikan oleh konsultan berpengalaman, Dr. Badrol Hashim.

IIUM Consultancy & Innovation Laksana Kursus Sulung OSHE: Pengurusan Sisa Pepejal dari Perspektif Alam Sekitar, Kesihatan dan Pekerjaan Read More »

Latihan Produktiviti 5S IKOP

IKOP Anjur Latihan Produktiviti 5S, Kukuhkan Komitmen terhadap Amalan GMP

Kuantan, 14 Ogos 2025 – IKOP Sdn Bhd, syarikat farmaseutikal halal yang berpusat di Kuantan, telah berjaya menganjurkan Latihan Produktiviti: Kesedaran 5S bertempat di Bilik Mesyuarat Kulliyyah Farmasi. Latihan ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam memperkukuh amalan Good Manufacturing Practices (GMP) dan kecemerlangan operasi. Program ini mendapat penyertaan penuh daripada seluruh warga

IKOP Anjur Latihan Produktiviti 5S, Kukuhkan Komitmen terhadap Amalan GMP Read More »

IIUM Holdings jayakan Integrity Day 2025 dengan forum Ceritera Tembok untuk perangi rasuah dan pupuk budaya kerja berintegriti.

IIUM Holdings Teguh Komited Bendung Rasuah Menerusi Integrity Day 2025

GOMBAK, 22 Ogos 2025 – IIUM Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan IIUM Holdings Group Integrity Day 2025 dengan jayanya pada hari Jumaat bertempat di Wadi Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Acara berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seluruh warga kerja kumpulan IIUM Holdings dalam satu sesi penuh kesedaran dan keinsafan mengenai pentingnya integriti dalam

IIUM Holdings Teguh Komited Bendung Rasuah Menerusi Integrity Day 2025 Read More »

Bengkel Perolehan IIUM Holdings

Bengkel Perolehan Siri Ke-3 Perkukuh Ketelusan dan Integriti Dalam Kumpulan IIUM Holdings

Gombak, 12 Ogos 2025 – Kumpulan Syarikat IIUM Holdings telah menganjurkan Bengkel Perolehan siri ke-3 pada hari ini, bertempat di Bilik Seminar Ambank 1, IIUM Graduate School of Management, dengan penyertaan daripada seluruh kakitangan kumpulan yang terlibat dalam urusan perolehan. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada siri latihan suku tahunan yang dilaksanakan bagi memastikan semua pihak

Bengkel Perolehan Siri Ke-3 Perkukuh Ketelusan dan Integriti Dalam Kumpulan IIUM Holdings Read More »

Setiabudi lancar Buku LEGACY

Setiabudi Lancar Buku LEGACY Sempena Ulang Tahun ke-25

Gombak, 9 Ogos 2025 – IIUM Schools Sdn Bhd, anak syarikat kepada IIUM Holdings Sdn Bhd, terus memperkukuh peranannya dalam mendidik generasi pemimpin masa hadapan menerusi pelancaran buku istimewa berjudul LEGACY, sempena sambutan ulang tahun ke-25 Sekolah Rendah Setiabudi (SBR) dan ulang tahun ke-20 Sekolah Menengah Setiabudi (SBM). Majlis gilang-gemilang ini telah berlangsung pada hari

Setiabudi Lancar Buku LEGACY Sempena Ulang Tahun ke-25 Read More »

Kunjungan strategik IIUM Consultancy ke INHART

IIUM Consultancy Kukuhkan Hubungan Strategik dengan INHART UIAM dalam Bidang Halal dan Inovasi

Gombak, 7 Ogos 2025 – IIUM Consultancy and Innovation Sdn. Bhd. (ICISB), sebuah anak syarikat di bawah IIUM Holdings Sdn. Bhd., telah mengadakan satu kunjungan korporat ke International Institute for Halal Research and Training (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluaskan jaringan strategik dalam bidang penyelidikan halal dan inovasi universiti. Lawatan

IIUM Consultancy Kukuhkan Hubungan Strategik dengan INHART UIAM dalam Bidang Halal dan Inovasi Read More »

Pencapaian Taekwondo Ikhwan Danish

Ikhwan Danish Harumkan Nama Sekolah di Dua Kejohanan Taekwondo

SHAH ALAM, 8 Ogos 2025 – Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Setiabudi, Gombak, telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam dua kejohanan taekwondo peringkat daerah dan kebangsaan, sekali gus mengharumkan nama sekolah di arena sukan tempatan. Pelajar Tahun 4 Ar-Razi, Ikhwan Danish bin Mohamed Azan, berjaya meraih pingat perak apabila dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Koryo Circuit

Ikhwan Danish Harumkan Nama Sekolah di Dua Kejohanan Taekwondo Read More »

Pencapaian Taekwondo Sekolah Rendah Setiabudi

Pelajar Sekolah Rendah Setiabudi Raih Emas di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Korea Selatan

CHUNCHEON, KOREA SELATAN – Dua orang pelajar dari Sekolah Rendah Setiabudi, Gombak, telah mengharumkan nama sekolah dan negara apabila berjaya merangkul pingat emas dalam Gangwon Chuncheon World Taekwondo Cultural Festival Championship 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 13 Julai lalu. Kejohanan berprestij yang dianjurkan oleh Chuncheon Leisure Taekwondo Organizing Committee ini telah menghimpunkan penyertaan atlet

Pelajar Sekolah Rendah Setiabudi Raih Emas di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Korea Selatan Read More »

Scroll to Top