
Gombak, 30 Ogos 2025 – Sekolah Rendah Setiabudi telah menganjurkan Setiabudi Run 2025 bertempat di Stadium Sayyidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Acara tahunan ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 Sekolah Rendah Setiabudi (SBR) dan ke-20 Sekolah Menengah Setiabudi (SBM) di bawah naungan IIUM Schools.
Larian yang meriah dengan warna-warni ini berjaya mengumpulkan warga sekolah, ibu bapa, serta komuniti setempat dalam suasana penuh semangat dan kekeluargaan. Selain memupuk nilai kesukanan, acara ini turut menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
IIUM Schools merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan serta para peserta atas komitmen dan sokongan padu mereka dalam menjayakan penganjuran tahun ini.
Program seperti Setiabudi Run diharap dapat menjadi platform berterusan dalam membentuk generasi pelajar yang sihat, cergas dan berdaya saing – sejajar dengan aspirasi IIUM Schools untuk melahirkan Khalifah masa depan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.