IIUM Holdings Sdn Bhd

IIUM Schools Anjurkan Program Fiqh Mar’ah Khas bersama Mahallah Sumayyah UIAM untuk Tingkatkan Ilmu Fiqh Wanita

Program Fiqh Mar’ah Khas ISSB

25 Oktober 2024, Jumaat – IIUM Schools Sdn Bhd (ISSB) melabuhkan tirai Program Fiqh Mar’ah Khas, yang berlangsung sejak Ogos, dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan ahli jawatankuasa program dari Mahallah Sumayyah di Dewan Serbaguna ISSB.

Program Fiqh Mar’ah Khas ini berjaya mengupas enam topik penting yang menyentuh aspek-aspek utama fiqh wanita. Antara topik yang dibincangkan ialah “Sunan Fitrah,” “Haid, Nifas dan Istihadhah,” “Hubungan Silang Jantina dan Sifat Malu,” “Fiqh Aurat dan Pakaian Menurut Syariah,” “Fiqh Solat Wanita, Kesalahan dan Keutamaan dalam Solat,” serta “Kesejahteraan Emosi dalam Era Remaja: Panduan Mengatasi Cabaran Mental.”

Majlis penyampaian turut dimeriahkan dengan pemberian sijil penghargaan kepada 17 ahli jawatankuasa dari Mahallah Sumayyah, di samping cenderahati simbolik yang disampaikan oleh Dr. Shamshina Bt. Mohamad Hanifa, Pengetua Mahallah Sumayyah, sebagai tanda penghargaan dan kerjasama antara ISSB dan Mahallah Sumayyah.

Pihak ISSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mahallah Sumayyah atas inisiatif bersama yang bermanfaat ini. Dengan penganjuran program seperti ini, pihak sekolah berharap dapat memberi impak positif dalam pembentukan generasi wanita solehah di masa akan datang.

Share this

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top